Wednesday, August 17, 2016

Mimpi Indah


Asalamualaikum...

Banyak sangat tengok drama ila ni... sampai teringat-ingat.. hehe.. ila pernah cakap kat seorang kawan baik ila, hampir kena marah.. sebab ila jadi takut nak berkenalan dengan orang lagi.. Kawan ila tak bagi ila tengok sangat dah drama. ila ni jenis menghayati pulak tu... huhu..

Memang ila sekarang ni mood drama je... tak kiralah drama melayu, korea, taiwan, jepun. anime dah jarang tengok.. the return of superman pun dah banyak episode ila tak tengok.. ni ade keluar drama korea baru pulak...

scarlet heart (belum tayang) : IU dan ade 2 actor yang ila kenal. cerita putera. cerita history yang unik dan fantasi yang ila selalu suka.. hehe.. tambah dengan drama cinderella dan 4 knight baru episode 2. wah... memang genre favorite ila..

Kalau tengok apa-apa cerita pun mesti nak ade happy ending. Ila pernah tengok 1 drama melayu ni. Dia nak jadi penulis novel. Dan minta seseorang untuk komen novel nya.. dan endingnya not a happy ending.. Kata peng'komen' tu, "kalau buat ending macam ni, mau pembaca bakar novel awak". betul jugak kan.. pembaca kan berpuas hati kalau ada happy ending.. siapa yang tak suka kan.

Tapi, dalam setiap cerita pasti ada suka duka, masalah, kisah gembira, sedih.. memang itu yang ila tak mampu lakukan. Mungkin perkara macam tu yang terkesan pada ila bila tengok drama. herm.. ada can kena marah lagi ila ni.. hehe..

Tapi, kalau sesuatu masalah terjadi, ila pernah cakap pada diri ila, " Ila, tak boleh nak patah balik, tak boleh nak lari. teruskan je la ila.. redah je.. hadap je.. ". Dan ila rasa lega bila dah laluinya... alhamdulillah..

Hidup kita ni penuh warna warni. Umpama lukisan putih terbentang luas. Kitalah yang mencorakkannya. Kalau tak ada suka, duka, sedih, ceria, ketawa, menangis, seronok, gembira dan pelbagai perasaan seseorang, maka lukisan itu seolah-olah sekadar sekeping kertas putih.

No comments:

Post a Comment