Thursday, August 18, 2016

Mata design

Asalamualaikum...

Suka sangat ila ni dengan cermin mata. 'si glasses'. sampaikan kartun spongebob pun nak post yang pakai glasses. hehe... Ila tak adalah obses ke apa.. Cuma ila suka tengok orang pakai cermin mata. Tengok je la.. pakai kat diri sendiri tak la.. Kalau dalam kereta tu, ila tak pakai sun glasses pun. Ila beli cermin 4 segi panjang gelap je. Pakai bila perlu untuk silau..

Sejak dua menjak ni, Ila jalan ke mana-mana mesti nak pandang orang. Kadang-kadang terfikir jugak, 'Hai.. nanti diorang salah faham pulak bila ila dok pandang-pandang.'.

Sebenarnya ila bukan pandang saja-saja. Ila pandang baju dorang. Corak baju, jenis kain dan designnya macam mana. Mungkin sebab itulah munculnya inspirasi untuk mencipta design baju ila sendiri, (walaupun tak berjahit lagi...hehe...). ila cipta dan gabung idea.

Dulu ila tak adalah minat sangat dengan jahitan ni. Ma pun tukang jahit. Tapi setakat tolong sikit-sikit je. Tapi bila betul-betul belajar tempat kemahiran, dengan sendirinya minat tu datang, walaupun kadang-kadang je ila buat baju.

Ila ada terfikir, kalaulah ila betul-betul buat perancangan untuk buat perniagaan melalui design yang ila buat. Nak cari masa yang tepat. Sebab, sekali mula, tak boleh sekerat jalan.

 Mesti teruskan. Buat masa ni, ila kan sedang bekerja. Ila pun belum mahir lagi. Ambil upah menjahit pun tak mahal. sekadar untuk latihkan diri supaya tak hilang step menjahit dulu.

Mungkin kalau ila jahit guna design ila tu, ila akan buat untuk diri sendiri dulu kan. Limited edition. Bagi kat anak saudara pun comel. Bagi dorang jadi model.. hehe

No comments:

Post a Comment