Tuesday, August 23, 2016

Hitam itu menawan





Asalamualaikum...

Contoh-contoh baju ni ila ambil dari google image. Yang paling memikat ila, gambar no.3 tu... Nampak simple.. Banyak lagi ila jumpa gambar dress hitam... Cantik warna hitam ni sebenarnya kan...

Semalam ila tengok satu pertandingan tarian. Ila memang suka tengok. Tapi ila sendiri memang tak pandai.. Sama juga kalau tengok pertandingan nyanyian. Contohnya, ila suka tengok audition. Ila pandai komen je.. hehe..

Dalam tarian tu, temanya 'kejahatan'. So, pelbagai jenis macam, tema joker, vampire, roh. Salah satunya, peserta terakhir rasanya.. Dapat undian paling tinggi hanya menari tarian lagu agak slow dengan 2 orang penari. Lelaki dan perempuan. Keduanya pakai pakai hitam. Tapi tak la macam baju kejahatan. Nampak elegan.. perempuan pakai dress dan lelaki pakai macam assassin tu. Dalam hati ila cakap.. cantiknya..

Tu la... ila beberapa bulan ni ila mood melihat-lihat baju orang. Lepas tu mulalah banyak idea design baru keluar. Ni rasanya banyak idea koleksi dress hitam plus corak simple. Hai... kalau buku lukisan ada depan mata ila ni, dah lama ila lukis semua.. hehe.. masih berangan-angan lagi. :)

Mungkin coming soon...

No comments:

Post a Comment