Asalamualaikum..
Dulu ila sangat mengikuti jugak anime naruto. Rasanya mula-mula terjebak sebab baca komik kat rumah sepupu. Masa sekolah rendah dulu rasanya. Sepupu lelaki. Banyak sangat koleksinya. Sampaikan ila pergi rumah dia, mesti cari buku dulu.. hehe..
Seingat ila, dia banyak buku budak getah. Sekarang yang popularnya 'one piece' kan. Eh cam tu ke ejanya. Anime budak getah ni ila pernah tengok sikit je. Macam kurang berminat.
Seingat ila, koleksi yang dia ada, budak getah, dragon ball, naruto, doreamon. emm.. tulah setakat ila ingat kot. Rasanya ada lagi buku lain.
Dalam banyak watak naruto, ila suka sangat pada gaara. Apa yang ila suka pun tak tahulah.. hehe.. Cuma suka. Biasanya orang suka watak utama kan. mungkin bagi ila, Gaara ni unik sangat kot.
Semalam, Ila baru letak gambar Gaara dalam plastik grid. Tandanya apa? hehe.. Tandanya lukisan kartun yang akan ila lukis seterusnya.
Dah beberapa hari tak ada mood. Tapi bila buka buku kartun tu dengan serta merta, mood ila ila berubah. Rasa excited sangat. Tula, kalau dah kena dengan hobi kan.
Cuti 2 hari baru ni, ila ingat nak try lukis potret. Ila siap dah beli drawing board baru. Khas untuk potret. Plus 1 lagi buku design baju ila. Buat spare. Tapi tula... Belum dapat lukis lagi. Nak mula tu susah sikit. Tapi bila dah mula, laju je.. hehe..
Nantikan lukisan Gaara bila dah siap nanti. Tapi bukan gambar atas tu. Ila bukan pandai melukis sangat macam orang lain. Tapi, bila lukisan kadang-kadang menjadi, tu yang jadi excited nak lukis lagi.. Nanti ila upload sini ye...
Friday, September 23, 2016
Tuesday, September 6, 2016
Kawan gelak tawa
Asalamualaikum...
Post sedikit express sikit kali ni... Ila tengok kawan sebelah tengok runningman pada waktu rehat ni. Excited rasa bila mereka gelak. Memang betul, kalau tengok cerita dan gelak bersama memang seronok tu lain.. hehe
Ila biasanya tengok dengan adik ila. Itulah selalunya kawan gelak tawa ila. dialah adik, dia jugaklah bestfriend. Kalau dengan kawan rapat masa sekolah ila tak la macam. macam ada perasaan malu sikit. Tapi dengan adik ni, kita jadi diri sendiri kan. hehe..
Nanti bila dah kawin, suami pulak akan jadi kawan gelak tawa kita kan. Mungkin ambil masa. Yela, dialah juga bestfriend kita kan. Kalau sorang-sorang memang tak best. Dengan family paling best kan.
Kadang-kadang tengok cerita p.ramlee 1 family, rasa seronoknya lain dengan family. Gambar anime ni ila cari kat google dengan title friendship. sejak kerja ni, dah jarang luang masa dengan kawan masa belajar dulu. Yela, semua orang ada haluan sendiri. kenduri baru jumpa.
Nanti ada kenduri bulan ni. Inshaallah jumpa... ^_^
Friday, September 2, 2016
Celak? Jaga mata
Asalamualaikum...
Banyak sangat gambar mata jumpa dekat google image. Rambang mata jadinya, Ingatkan nak letak gambar mata real. Tapi, fikir-fikir balik, baik ila letak gambar mata yang ila lukis sendiri. Tapi, tak rajin pulak nak lukis dan upload pulak kat komputer...hehe..
Sekadar cukup ila bagitau, gambar anak mata yang selalu ila lukis adalah gambar mata biru yang pertama. Nak lukis mata memang biasanya ila lukis dulu, Mata jugak yang nampak perhatian dulu. Kalau tengok orang mekap pun, kat matalah paling lama kan.
Ila bukan jenis orang yang suka mekap sangat. Paling-paling pun, ila pakai bedak compaq, lipstik dengan warna ringan dan celak.
Sebab, ila rasa macam kurang rajin pulak nak basuh masa nak solat. Nak kena cuci pulak mekap. hem.. Kebiasaannya ila akan pakai krim dulu (sekarang ila pakai serum). Dah keringkan baru pakai bedak compaq and sedikit lipstik or pelembab bibir.
Ila memang suka dengan cermin mata. Pernah la dulu ila teringin nak pakai spek kan. Tapi tu dulu. hehe.. Rasa bersyukur sekarang tak rabun. Cuma silau je. Pergi cek hari tu, mungkin sebab mata ila kering kot.
Mata ila kalau tengok pada cermin warna dark brown. Kalau tengok dari jauh, contohnya tengok dalam gambar, warna hitam. Dan ila jugak sangat suka pakai celak warna dark brown. Sebab, ila rasa mata ila kurang sesuai pakai celak, terutamanya celak hitam.
Ila pernah beberapa kali pakai celak pekat bila ila stress. Tak tahu kenapa, ila rasa lega lepas pakai macam tu.
Ila pernah dengar, katanya celak boleh cerahkan mata. terutamanya pakai sebelum tidur.
Kawan ila masa sekolah dulu, pernah cakap, kalau mata rabun, baca selawat dan buka mata dalam air dalam cebok. ila tak tahu fungsinya macam mana. Tapi dalam masa yang sama mungkin boleh bersihkan mata kot.
Ila makin excited nak melukis lagi. Hai.. tak tahu bila nak mula ni... hehe.. Dah terfikir nak beli 1 lagi buku lukisan baru yang besar sikit. No no.. mungkin 2 buah. Sebab buku lukisan design baju ila tu dah habis.. hehe..
Sunday, August 28, 2016
Taip 3x
Asalamualaikum...
Post kedua untuk hari ni. Tengah ada mood kan, so gunakan peluang ni la. hehe..
Ila teringat mula-mula ila belajar komputer dengan agak serius dulu, lepas SPM or STAM gitula.. kurang ingat. Kalau tak salah selama 4 bulan. Dan masa tu, perkara yang paling ila suka, menaip. Kalau dapat satu tugasan untuk menaip karangan tu memang excited la.. hehe
Blog yang ni, agak baru lagi. So, banyak benda ila kena kemas dalam blog ni. Suatu hari tu, ila tengok-tengok setting dan dashboard. Ila tengok, rupanya ini dah blog ke-7 ila pernah buat. Ila ingatkan ke-6. Yela, walaupun ada sesetengah blog tu ada sikit je post. Nak delete sayang pulak. Nak jadikan kenangan, menandakan blog tu pernah ada. hehe..
Tadi ila tengok juga post dari blog-blog lain yang ila pernah follow guna blog pertama ila yang ada paling banyak entry. hehe.. Tapi rasanya blog tu berat sikit. mungkin sebab... dulu mula-mula excited nak letak macam-macam kan..
Ila baca blog mamakembar3. Blog pertama ila baca daripada blog lain. Mungkin sebab ila sukakan budak-budak kot. Yela, rare kan dapat kembar 3. Best baca. ^_^
Ila pulak suka tengok the return of superman. Ada si kembar 3 jugak. Daehan, Minguk, Manse. Tapi dorang dah keluar. Rindu nak tengok telatah dorang lagi. hehe.. Tapi, walaubagaimanapun, ila masih teruskan menonton the return of superman tu. Best!
Teringat kat anak saudara bertiga tu. 2 kakak and 1 adik lelaki. Memang nak layan semua kena stamina tinggi..
Iye Tapi Tidak
Asalamualaikum...
Wah... banyak pula jumpa bunga matahari.. Sejak bila ila suka bunga ni pun tak tahu. Tahu-tahu je dah suka. hehe.. Tapi, dengar-dengar bunga ni susah nak dijaga..
Dulu, kalau orang tanya ila suka bunga ke tak? "yes, ila suka". Dan bunga apa? "bunga ros merah". herm... mungkin masa tu ila tengok macam cantik je kan... mungkin sebab ros merah popular. Dan kadang-kadang sebenarnya macam tak ada bunga favorite kot.
"suka warna ape?" "emm... tak tahu.. suka semua warna kot"... haa... jadi macam tu la..
Tapi bunga matahari ni, ila tak dapat nak cari sebab. Orang kata, kalau kita suka sesuatu, kadang-kadang memang tak ada sebab. kadang-kadang mungkin ila nak mengelak dari suka satu-satu perkara tu, dengan mengatakan ila suka satu-satu perkara ni.
Kebetulan jumpa banyak gambar bunga matahari yang cantik. Cadangnya nak letak satu. Tapi, sebab jumpa banyak yang cantik, ila letak minimum 5 keping. Kira ok la kan.. hehe.. Ila baru tahu, ila sebenarnya suka bunga matahari. Mungkin sejak ila suka nama 'shine' kot. Ila selalu tak sedar, apa yang ila suka dan apa yang ila sebenarnya tak suka. 'tiba-tiba' baru perasan... hahaha
Ila nak suka bunga ros, tapi sebenarnya ila lebih suka bunga matahari. Tu salah satu contoh yang ila sembunyikan sendiri. Maksud ila, mungkin ila tak nak mengaku dengan diri sendiri.... er... kot.. hihi
Ila suka 1 warna tu, tapi sebenarnya ila suka 1 warna yang ini. Dan banyak lagi la.. Kadang-kadang ikut situasi jugak. Kita nak consider orang yang ada dekat kita. Tak nak la terlalu pentingkan diri sendiri. Tapi memang susah nak balance kan. er... Kiranya ila ni macam orang yang susah nak buat keputusan kot kan...
Actually, bila ila suka suatu benda tu, ila tak adalah obses sampai semuanya nak sedondon. Contohnya, ila suka warna biru, tak kan la nak semuanya barang ila warna biru. pelik pulak rasanya kan.
Dah berapa bulan dah, kain ila beli untuk buat bantal bentuk sunflower untuk letak dalam kereta. sample bentuk ila lukis pada kertas kad manila.
Rasanya warna kelopak kuning sunflower tu sesuai dengan kereta biru ila tu. Tapi, macam pernah ila cakapkan dulu. Kalau nak plan betul-betul menjadi, kena beli barang hari ni, dan buat hari ni atau esok. Tak boleh tangguh. Kalau tangguh, jadi macam ni lah.. Tak tahu nak mula bila dan dari mana tu..
Nanti, kalau bantal sunflower tu dah siap, ila post kat sini ye. hehe.. 'buat satu pun belum, dah berangan nak buat banyak bentuk and jual... huhuhu...' apa-apapun... chaiyok!!! ^_^
Tuesday, August 23, 2016
Hitam itu menawan
Asalamualaikum...
Contoh-contoh baju ni ila ambil dari google image. Yang paling memikat ila, gambar no.3 tu... Nampak simple.. Banyak lagi ila jumpa gambar dress hitam... Cantik warna hitam ni sebenarnya kan...
Semalam ila tengok satu pertandingan tarian. Ila memang suka tengok. Tapi ila sendiri memang tak pandai.. Sama juga kalau tengok pertandingan nyanyian. Contohnya, ila suka tengok audition. Ila pandai komen je.. hehe..
Dalam tarian tu, temanya 'kejahatan'. So, pelbagai jenis macam, tema joker, vampire, roh. Salah satunya, peserta terakhir rasanya.. Dapat undian paling tinggi hanya menari tarian lagu agak slow dengan 2 orang penari. Lelaki dan perempuan. Keduanya pakai pakai hitam. Tapi tak la macam baju kejahatan. Nampak elegan.. perempuan pakai dress dan lelaki pakai macam assassin tu. Dalam hati ila cakap.. cantiknya..
Tu la... ila beberapa bulan ni ila mood melihat-lihat baju orang. Lepas tu mulalah banyak idea design baru keluar. Ni rasanya banyak idea koleksi dress hitam plus corak simple. Hai... kalau buku lukisan ada depan mata ila ni, dah lama ila lukis semua.. hehe.. masih berangan-angan lagi. :)
Mungkin coming soon...
Thursday, August 18, 2016
Lukisan rawak
Asalamualaikum...
Post kedua untuk hari ni.. tadi tetiba je rasa nak melukis... Lama betul tak melukis kartun... Ni boleh dikira lukisan rawak ila ke? hehe... Sebab ila lukis secara spontan dengan hanya menggunakan ballpen hitam sahaja.
Biasanya kalau nak nampak sama, sekali dengan tone gelap sana sini, ila guna pensel. Dan untuk saiz besar atau pun saiz yang ila nak, ila guna plastik grid yang ila buat sendiri...
Lukisan tu kira-kira dalam 10 minit kot. Bila ada mood melukis, laju je jari ni...hehe..
Gambar tu tak kelihatan sama sangat pun. Ila lebih fokus pada mata. Mata kartun tu kurang besar. bentuk pun tak berapa sangat. macam mata layu je... rambut dan tangan pun ila lakar ikut suka je..
Erm.. Ila akan renew semula. macam renew lesen pulak kan.. hehe.. Maksud ila, nanti ila nak print, dan lukis secara properly. Guna pensel dan simpan dalam koleksi buku lukisan ila... hehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)