Asalamualaikum..
Dulu ila sangat mengikuti jugak anime naruto. Rasanya mula-mula terjebak sebab baca komik kat rumah sepupu. Masa sekolah rendah dulu rasanya. Sepupu lelaki. Banyak sangat koleksinya. Sampaikan ila pergi rumah dia, mesti cari buku dulu.. hehe..
Seingat ila, dia banyak buku budak getah. Sekarang yang popularnya 'one piece' kan. Eh cam tu ke ejanya. Anime budak getah ni ila pernah tengok sikit je. Macam kurang berminat.
Seingat ila, koleksi yang dia ada, budak getah, dragon ball, naruto, doreamon. emm.. tulah setakat ila ingat kot. Rasanya ada lagi buku lain.
Dalam banyak watak naruto, ila suka sangat pada gaara. Apa yang ila suka pun tak tahulah.. hehe.. Cuma suka. Biasanya orang suka watak utama kan. mungkin bagi ila, Gaara ni unik sangat kot.
Semalam, Ila baru letak gambar Gaara dalam plastik grid. Tandanya apa? hehe.. Tandanya lukisan kartun yang akan ila lukis seterusnya.
Dah beberapa hari tak ada mood. Tapi bila buka buku kartun tu dengan serta merta, mood ila ila berubah. Rasa excited sangat. Tula, kalau dah kena dengan hobi kan.
Cuti 2 hari baru ni, ila ingat nak try lukis potret. Ila siap dah beli drawing board baru. Khas untuk potret. Plus 1 lagi buku design baju ila. Buat spare. Tapi tula... Belum dapat lukis lagi. Nak mula tu susah sikit. Tapi bila dah mula, laju je.. hehe..
Nantikan lukisan Gaara bila dah siap nanti. Tapi bukan gambar atas tu. Ila bukan pandai melukis sangat macam orang lain. Tapi, bila lukisan kadang-kadang menjadi, tu yang jadi excited nak lukis lagi.. Nanti ila upload sini ye...
No comments:
Post a Comment