Asalamualaikum..
Dulu ila sangat mengikuti jugak anime naruto. Rasanya mula-mula terjebak sebab baca komik kat rumah sepupu. Masa sekolah rendah dulu rasanya. Sepupu lelaki. Banyak sangat koleksinya. Sampaikan ila pergi rumah dia, mesti cari buku dulu.. hehe..
Seingat ila, dia banyak buku budak getah. Sekarang yang popularnya 'one piece' kan. Eh cam tu ke ejanya. Anime budak getah ni ila pernah tengok sikit je. Macam kurang berminat.
Seingat ila, koleksi yang dia ada, budak getah, dragon ball, naruto, doreamon. emm.. tulah setakat ila ingat kot. Rasanya ada lagi buku lain.
Dalam banyak watak naruto, ila suka sangat pada gaara. Apa yang ila suka pun tak tahulah.. hehe.. Cuma suka. Biasanya orang suka watak utama kan. mungkin bagi ila, Gaara ni unik sangat kot.
Semalam, Ila baru letak gambar Gaara dalam plastik grid. Tandanya apa? hehe.. Tandanya lukisan kartun yang akan ila lukis seterusnya.
Dah beberapa hari tak ada mood. Tapi bila buka buku kartun tu dengan serta merta, mood ila ila berubah. Rasa excited sangat. Tula, kalau dah kena dengan hobi kan.
Cuti 2 hari baru ni, ila ingat nak try lukis potret. Ila siap dah beli drawing board baru. Khas untuk potret. Plus 1 lagi buku design baju ila. Buat spare. Tapi tula... Belum dapat lukis lagi. Nak mula tu susah sikit. Tapi bila dah mula, laju je.. hehe..
Nantikan lukisan Gaara bila dah siap nanti. Tapi bukan gambar atas tu. Ila bukan pandai melukis sangat macam orang lain. Tapi, bila lukisan kadang-kadang menjadi, tu yang jadi excited nak lukis lagi.. Nanti ila upload sini ye...
Friday, September 23, 2016
Tuesday, September 6, 2016
Kawan gelak tawa
Asalamualaikum...
Post sedikit express sikit kali ni... Ila tengok kawan sebelah tengok runningman pada waktu rehat ni. Excited rasa bila mereka gelak. Memang betul, kalau tengok cerita dan gelak bersama memang seronok tu lain.. hehe
Ila biasanya tengok dengan adik ila. Itulah selalunya kawan gelak tawa ila. dialah adik, dia jugaklah bestfriend. Kalau dengan kawan rapat masa sekolah ila tak la macam. macam ada perasaan malu sikit. Tapi dengan adik ni, kita jadi diri sendiri kan. hehe..
Nanti bila dah kawin, suami pulak akan jadi kawan gelak tawa kita kan. Mungkin ambil masa. Yela, dialah juga bestfriend kita kan. Kalau sorang-sorang memang tak best. Dengan family paling best kan.
Kadang-kadang tengok cerita p.ramlee 1 family, rasa seronoknya lain dengan family. Gambar anime ni ila cari kat google dengan title friendship. sejak kerja ni, dah jarang luang masa dengan kawan masa belajar dulu. Yela, semua orang ada haluan sendiri. kenduri baru jumpa.
Nanti ada kenduri bulan ni. Inshaallah jumpa... ^_^
Friday, September 2, 2016
Celak? Jaga mata
Asalamualaikum...
Banyak sangat gambar mata jumpa dekat google image. Rambang mata jadinya, Ingatkan nak letak gambar mata real. Tapi, fikir-fikir balik, baik ila letak gambar mata yang ila lukis sendiri. Tapi, tak rajin pulak nak lukis dan upload pulak kat komputer...hehe..
Sekadar cukup ila bagitau, gambar anak mata yang selalu ila lukis adalah gambar mata biru yang pertama. Nak lukis mata memang biasanya ila lukis dulu, Mata jugak yang nampak perhatian dulu. Kalau tengok orang mekap pun, kat matalah paling lama kan.
Ila bukan jenis orang yang suka mekap sangat. Paling-paling pun, ila pakai bedak compaq, lipstik dengan warna ringan dan celak.
Sebab, ila rasa macam kurang rajin pulak nak basuh masa nak solat. Nak kena cuci pulak mekap. hem.. Kebiasaannya ila akan pakai krim dulu (sekarang ila pakai serum). Dah keringkan baru pakai bedak compaq and sedikit lipstik or pelembab bibir.
Ila memang suka dengan cermin mata. Pernah la dulu ila teringin nak pakai spek kan. Tapi tu dulu. hehe.. Rasa bersyukur sekarang tak rabun. Cuma silau je. Pergi cek hari tu, mungkin sebab mata ila kering kot.
Mata ila kalau tengok pada cermin warna dark brown. Kalau tengok dari jauh, contohnya tengok dalam gambar, warna hitam. Dan ila jugak sangat suka pakai celak warna dark brown. Sebab, ila rasa mata ila kurang sesuai pakai celak, terutamanya celak hitam.
Ila pernah beberapa kali pakai celak pekat bila ila stress. Tak tahu kenapa, ila rasa lega lepas pakai macam tu.
Ila pernah dengar, katanya celak boleh cerahkan mata. terutamanya pakai sebelum tidur.
Kawan ila masa sekolah dulu, pernah cakap, kalau mata rabun, baca selawat dan buka mata dalam air dalam cebok. ila tak tahu fungsinya macam mana. Tapi dalam masa yang sama mungkin boleh bersihkan mata kot.
Ila makin excited nak melukis lagi. Hai.. tak tahu bila nak mula ni... hehe.. Dah terfikir nak beli 1 lagi buku lukisan baru yang besar sikit. No no.. mungkin 2 buah. Sebab buku lukisan design baju ila tu dah habis.. hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)