Sunday, May 8, 2016

Buka cerita baru

Asalamualaikum...

Nak sangat tulis blog... kat mana-mana pun jadilah... tapi kan, lagi best menaip kat keyboard computer daripada touch screen... eh, jangan salah faham... ila tengah taip kat keyboard ni... hehe

Al-kisahnya lah kan, My Baby Hp kesayangan ila tu hilang, masa pergi jalan-jalan kat cameron hari jumaat lepas, dengan adik dan adik sepupu bertiga tu...

Kesian jugak kat dorang.. Nak bawak dorang pergi jalan, tapi dok amik masa best dorang tolong carikan Hp.. tak dapat nak pergi banyak tempat.. Nanti balik ganu tengah tahun ni, kita sambung jalan-jalan la ye...

Masa pergi jalan kat cameron lavender, ila asyik 'mencuka' je... sampai sepupu duk pujuk-pujuk.. hai.. nak buat macam mana, memang tak boleh nak sedapkan hati... walaupun tak mahal, memori yang ada dalam HP tu dah tak boleh nak beli kat mana-mana dah..

Ila sampai kan meseg HP sendiri, "tolong meseg no.ni balik.. saya nak memori je"

Esoknya tu, ila selongkar kereta sambil bersihkan kereta tahap kerajinan hampir maxsimum la boleh kata... tetap tak ada jugak... yela kot, mana tau tersepit kat mana-mana kan...

Dalam acara pembersihan tu, ila cuba pujuk hati, "bukalah buku baru ila... semuanya baru...". sedikit sebanyak ila banyak berfikir... berfikir sambil bersihkan kereta...hehe.. agaknya memang kene teruskan jugak cadangan nak beli HP satu lagi yang dah dibatalkan...hehe..

Sampai sekarang, masih teringat... eh, tak payah nak sebut la lagi.. nangis pulak nanti... hehe...

So, cari cerita baru nampak gayanya...

Ya Allah, tenangkan hatiku.... amin...


No comments:

Post a Comment