Wednesday, May 25, 2016

I am not in a good mood

Asalamualaikum...

Lamanya lah dah tak blogwalking... macam tak ada keberanian pulak nak tinggalkan jejak kat blog-blog yang ila lawat. Sejak habis university ni, ila dah jarang membaca blog. Mungkin sebab itu kot ila tak dapat nak mulakan blogwalking. Mungkin tak ada orang tahu blog baru ila ni wujud. Blog pertama ila dulu mungkin.

Tadi, ila berjalan balik ke ofis daripada toilet. Sempat pulak berfikir sambil berjalan tu. "I am not in a good mood". Tak tau lah betul tak grammar. Ila memang lemah grammar sejak UPSR lagi...hehe

Beberapa hari ni ila rasa mood asyik berubah-rubah. Mungkin lepas sakit 3 serangkai hari tu kot. Selesema+demam+batuk. Masih ada sisa batuk sikit-sikit.

Banyak sangat kot fikir. Macam-macam. Biasalah kan. Orang lain pun macam tu. Cuma ila emosiaonal sangat kot.

Apa orang lain buat ye untuk gembirakan hati? Hurm... dulu, ila suka tengok perkara lawak. cerita lawak. Tapi dah tak berkesan sekarang. Nak tengok cerita lawak pun tak ada mood.

Mungkin bercuti kot. Musim cuti sekolah dah tak lama. Mungkin masa tu ila boleh naikkan mood. Hehe... Selamat bercuti ye semua. Ila bukan cikgu. Jadi cuti sekolah pun kena lah kerja kan. hehe.. Tapi dah ambil cuti 2 hari.

Harap-harap semuanya baik dan berjalan lancar... Amin...

Monday, May 23, 2016

Kenangan melukis potret

Asalamualaikum..

Last ila lukis potret rasanya masa ila di tingkatan 6 dulu. Tak banyak. Sempat la siap beberapa lukisan. Kepuasan melukis potret tu, rasa macam ila dapat menyiapkan 1 soalan add mate yang mempunyai jalan kerja yang panjang... 😊

Ila berhenti lukis potret masa tu jugak lepas ade seorang kakak tu, suka melukis jugak. Dia cakap mak dia tak bagi lukis potret. Saya tanye, kenapa? Dia cakap dia pun tak tau..

Pelik jugak bila rasa kecewa tengah semangat nak melukis, ila tak sempat siapkan lukisan kawan ila sampai sekarang.

Sekarang teknologi makin canggih. Dan ila tak tersekat sangat dengan penggunaan elektronik macam masa sekolah dulu.

So, ila boleh cari banyak gambar dengan senang. Dulu ila ambil gambar dari surat khabar je. Hehe

Makin banyak gambar cantik-cantik. Keinginan nak melukis tu semakin tinggi, walaupun sebenarnya tak tahu bila nak cari masa lapang nak melukis.

Lepas daripada tu, ila masih melukis lagi. Tapi melukis gambar kartun anime. Ila memang gila anime kadanf-kadang. Hehe..

Ila tak la pandai sangat melukis. Cuma puas hati bila lukisan tu nampak menjadi. Ila sekarang guna plastik grid yang berkotak tu untuk melukis.

Ade beberapa gambar artis korea yang ila rasa macam boleh ila lukis. Tapi, ila masih fikir boleh tak kalau ila nak jugak lukis potret...

Hem... Tengok la nanti macam mana ye... 😊

Sunday, May 8, 2016

Buka cerita baru

Asalamualaikum...

Nak sangat tulis blog... kat mana-mana pun jadilah... tapi kan, lagi best menaip kat keyboard computer daripada touch screen... eh, jangan salah faham... ila tengah taip kat keyboard ni... hehe

Al-kisahnya lah kan, My Baby Hp kesayangan ila tu hilang, masa pergi jalan-jalan kat cameron hari jumaat lepas, dengan adik dan adik sepupu bertiga tu...

Kesian jugak kat dorang.. Nak bawak dorang pergi jalan, tapi dok amik masa best dorang tolong carikan Hp.. tak dapat nak pergi banyak tempat.. Nanti balik ganu tengah tahun ni, kita sambung jalan-jalan la ye...

Masa pergi jalan kat cameron lavender, ila asyik 'mencuka' je... sampai sepupu duk pujuk-pujuk.. hai.. nak buat macam mana, memang tak boleh nak sedapkan hati... walaupun tak mahal, memori yang ada dalam HP tu dah tak boleh nak beli kat mana-mana dah..

Ila sampai kan meseg HP sendiri, "tolong meseg no.ni balik.. saya nak memori je"

Esoknya tu, ila selongkar kereta sambil bersihkan kereta tahap kerajinan hampir maxsimum la boleh kata... tetap tak ada jugak... yela kot, mana tau tersepit kat mana-mana kan...

Dalam acara pembersihan tu, ila cuba pujuk hati, "bukalah buku baru ila... semuanya baru...". sedikit sebanyak ila banyak berfikir... berfikir sambil bersihkan kereta...hehe.. agaknya memang kene teruskan jugak cadangan nak beli HP satu lagi yang dah dibatalkan...hehe..

Sampai sekarang, masih teringat... eh, tak payah nak sebut la lagi.. nangis pulak nanti... hehe...

So, cari cerita baru nampak gayanya...

Ya Allah, tenangkan hatiku.... amin...