Saturday, October 10, 2015
Nak cuba diet sihat!
Asalamulaikum..
Bunyi macam tegas je. Hehe.. Dulu Ila tak pernah nak diet betul-betul. Ila cuma amalkan tabiat pemakanan biasa, seperti makan banyak sayur Dan buah-buahan.
Tapi 2 hari lepas, Ila mula cakap pada diri, Ila nak diet yang serius. Apa yang Ila cakap ni, bukan diet sebab nak kuruskan badan. Tapi, diet untuk kesihatan. Memang sebelum ni, family ada tegur badan dah berisi. Tapi Ila tetap dengan diet pemakanan yang ila biasa dulu.
Ila cakap pada nenek cakap hari tu, " dulu masa Ila kurus, cakap kurus sangat. Ni, suruh Ila jaga makan pulak..". Nenek@ wan cakap, " tak payah kurus, dengan gemuk. Macam ni je, sudahhla.. Elok dah.. " maksud wan tu tak payah berubah dah la...heheh..
Diet serious yang Ila nak cakap ni, seperti yang Ila baca kat internet, mengenai simptom yang Ila hadapi sekarang. Apa yang boleh Ila buat, hanyalah cuba rutin pencegahan.
Katanya, kurangkan junk food, apa yang Ila faham seperti makanan ringan dan penggunaan msg. Mi segera pun, tiap minggu mesti terasa nak makan. Dah tau tak elok, tapi makan jugak..haish ila ni... Ila pernah dengar, mi lagi tak elok untuk kesihatan berbanding perencah. Dan Ila selalu masak mi dulu dan basuh dengan air sikit, then letak air baru dan masuk perencah.
Jangan minum air berkarbonat. Ila perasan, kalau pergi kfc or marrybrown, memang susah nak elak kan. Lepas ni, kena elak pergi sana. Jangan makan makanan pedas, banyak minum air putih, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan, banyakkan senaman, em...apa lagi ye.. Ila cuma ingatkan dalam otak je..
Ila rasa Ila dah lama tinggalkan minuman kesihatan. Sebelum ni, Ila akan minum 1 sudu jus hidayah setiap pagi dan malam. Ia elok untuk perut dan resdung rasanya. Tak ingat yang mana satu, sebab lepas tu Ila try jus abqori. Nak tengok mana yang serasi.
Jadi, kesimpulannya jangan dan cuba elakkan dari makan makanan junk food, air bergas/berkarbonat, banyak minum air putih, banyakkan sayuran dan buahan, banyakkan senaman, elakkan makanan pedas, minum jus or madu.
Diet piramid tu, em.. Tak pandai nak ikut sangat. Kekacang memang favorite, terutama kacang hijau, hazelnut. Oat Ila cuba sikit-sikit, Ila biasa breakfast dengan nestum oat.
Susah nak elak junk food tu sebenarnya. Semalam ke kuantan. Biasalah kudapan dalam kereta. Terliur, Ila cuba sikit je makan makanan ringan yang adik beli. Cuba bertahan. Sedang praktis. Huhu.. Lepas ni, Cuba jadikan kacang or roti untuk kudapan dalam kereta pun boleh kot kan...
Semoga berjaya! Chaiyok!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment