Monday, October 19, 2015
Hati-hati memandu
Asalamualaikum..
Pagi tadi lambat sampai kat office 2 minit. Sedih.. Nak clear bulan ni.. Esok nak bercita-cita pergi awal lagi. Hehe.. Chaiyok!!!
Dah dekat 3 bulan memandu, rasanya rasa takut makin hilang sikit demi sikit. Tapi, nak memandu jauh tu, belum berani kot.
Berani pun perlu bertempat juga. Sebab kena berhati- hati la. Adalah beberapa kali memandu macam bahaya. Tak perasan sebenarnya. Bila dah sedar, rasa sendiri tak patut dan hati-hatilah. Mulalah sketsa membebel kat diri sendiri. Bercakap sorang-sorang... Kalau bawa kereta sorang la... Kalau ada penumpang tak adanya nak membebel...he he
Mungkin dah biasa cara bawa, macam bawa motorsikal dulu. Lama juga, setahun lebih ada kot, meredah habuk dan hujan. Huhu...
Apa-apapun kena beringat la... Hati-hati memandu dan patuhi peraturan jalan raya..
Tuesday, October 13, 2015
Watak jahat
Asalamualaikum..
Ila baru je lepas tengok satu drama ni. Dan buat pertama kalinya Ila sukakan satu watak jahat ni. Cara dia menjaga orang yang disukai with his own way, but pada Ila nampak sweet walaupun kasar.
Em.. Ia bukannlah watak jahat sangat sebenarnya, tapi hanya kisah silam membuatkan dia berpersonaliti kasar. Dan akhirnya dia terpaksa hilang untuk kebahagiaan orang yang disukainya. Sedih, tapi akhirnya bahagia. Kalau ending tak gembira, memang Ila tak akan tengok dah cerita tu. Ia sebenarnya split personality. Orang yang nampak macam jahat tu, orang yang sama. Kalau ada orang pernah tengok cerita tu, mesti tahu apa tajuknya. Hehe..
Ila sebenarnya seorang yang sangat mendalami kalau tengok satu-satu cerita atau sesebuah lagu. Tu sebab, Ila kadang-kadang mengikut perasaan sangat dengannya. Kadang ila rasa sedih dan kekadang tersenyum sendiri bila teringatkannya.
Kalau orang yang kenal Ila memang tahulah Ila macam mana. Dan kadang-kadang ia boleh bersangkutan dengan situasi Ila pada masa dulu dan sekarang. Leganya kalau kita punyai seseorang yang boleh buat kita senyum. Macam dalam cerita yang Ila tengok tadi. Banyak kejutan yang menggelikan hati.. Huhu..
Bye~
Saturday, October 10, 2015
Nak cuba diet sihat!
Asalamulaikum..
Bunyi macam tegas je. Hehe.. Dulu Ila tak pernah nak diet betul-betul. Ila cuma amalkan tabiat pemakanan biasa, seperti makan banyak sayur Dan buah-buahan.
Tapi 2 hari lepas, Ila mula cakap pada diri, Ila nak diet yang serius. Apa yang Ila cakap ni, bukan diet sebab nak kuruskan badan. Tapi, diet untuk kesihatan. Memang sebelum ni, family ada tegur badan dah berisi. Tapi Ila tetap dengan diet pemakanan yang ila biasa dulu.
Ila cakap pada nenek cakap hari tu, " dulu masa Ila kurus, cakap kurus sangat. Ni, suruh Ila jaga makan pulak..". Nenek@ wan cakap, " tak payah kurus, dengan gemuk. Macam ni je, sudahhla.. Elok dah.. " maksud wan tu tak payah berubah dah la...heheh..
Diet serious yang Ila nak cakap ni, seperti yang Ila baca kat internet, mengenai simptom yang Ila hadapi sekarang. Apa yang boleh Ila buat, hanyalah cuba rutin pencegahan.
Katanya, kurangkan junk food, apa yang Ila faham seperti makanan ringan dan penggunaan msg. Mi segera pun, tiap minggu mesti terasa nak makan. Dah tau tak elok, tapi makan jugak..haish ila ni... Ila pernah dengar, mi lagi tak elok untuk kesihatan berbanding perencah. Dan Ila selalu masak mi dulu dan basuh dengan air sikit, then letak air baru dan masuk perencah.
Jangan minum air berkarbonat. Ila perasan, kalau pergi kfc or marrybrown, memang susah nak elak kan. Lepas ni, kena elak pergi sana. Jangan makan makanan pedas, banyak minum air putih, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan, banyakkan senaman, em...apa lagi ye.. Ila cuma ingatkan dalam otak je..
Ila rasa Ila dah lama tinggalkan minuman kesihatan. Sebelum ni, Ila akan minum 1 sudu jus hidayah setiap pagi dan malam. Ia elok untuk perut dan resdung rasanya. Tak ingat yang mana satu, sebab lepas tu Ila try jus abqori. Nak tengok mana yang serasi.
Jadi, kesimpulannya jangan dan cuba elakkan dari makan makanan junk food, air bergas/berkarbonat, banyak minum air putih, banyakkan sayuran dan buahan, banyakkan senaman, elakkan makanan pedas, minum jus or madu.
Diet piramid tu, em.. Tak pandai nak ikut sangat. Kekacang memang favorite, terutama kacang hijau, hazelnut. Oat Ila cuba sikit-sikit, Ila biasa breakfast dengan nestum oat.
Susah nak elak junk food tu sebenarnya. Semalam ke kuantan. Biasalah kudapan dalam kereta. Terliur, Ila cuba sikit je makan makanan ringan yang adik beli. Cuba bertahan. Sedang praktis. Huhu.. Lepas ni, Cuba jadikan kacang or roti untuk kudapan dalam kereta pun boleh kot kan...
Semoga berjaya! Chaiyok!
Thursday, October 8, 2015
Family, Friendship, Education. ~Part 1~
Asalamualaikum..
Jumpa lagi, kepada yang pernah kenal Ila dulu. Ini mungkin dah blog ke-6 yang pernah Ila buat agaknya. Tapi hanya sikit yang masih beroperasi.
Puas berfikir, apa yang ok untuk intro post pertama. Hurm... Then, dapat idea lepas tengok running man episode baru. 267. Sangat menarik walaupun tak ada guest hari ni.
Seronok tengok hubungan mereka yang dah macam adik beradik. And Ila terus terasa nak flashback perasaan kearkaban bersama keluarga, persahabatan dan perjalanan Ila semasa jadi student dulu. Macam-macam rasa ada.
Tahun 2015 ini, Ila rasa sesuatu yang berlainan. Macam banyak perkara gembira yang Ila boleh tersenyum bila flashback balik. Huhu..
Nak tahu? Tunggu...... He he.. Sambungan nanti..
*** taip guna phone untuk first update.. So.. Agak slow nak cerita lebih..
from: Lady Biru ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)