Saturday, June 18, 2016

Mashiro


Asalamualaikum...

Mashiro. Teringat pulau dalam game star acres tu... Ila namakan pulau ila tu 'mashiro'.

Di dalam kebosanan yang melanda yang sebenarnya kerja bertimbun ni, boleh pulak rasa bosan kan... tiba-tiba rasa macam nak ber 'chat'. Dulu ila ada chat kat yahoo massenger. awal remaja masa mula-mula masuk u dulu. Selalu online dekat chat room berborak-borak dengan kawan baru. Soalan biasa dorang tanye, male or female, age, negara ape... dah sampai rasa tak nak jawab..hehe

so, ila try cari kat en.google la mane tau ade chat lebih kurang macam tu lagi. Tapi, apa yang ila dapat macam tak boleh dipercayai. Takut bahaya je, yela.. kat sawang intenet ni mana lah kita tau macam mana kan. Ila pulak bukan lah expert sangat.

Ila berkenan sangat dengan nama mashiro. Sebab apa ila tak berapa perasan pulak...hehe..  ha.. dulu ila ade tengok satu cerita anime ni.. Rasanya nama dia mashiro. Maksudnya warna putih rasanya.. Ila tak ingat...

Ila ni jenis suka tengok anime yang lukisan kartun nya cantik. So, dalam anime tu, boleh di katakan salah satu jenis lukisan yang ila suka... Lepas pada tu ila suka nama mashiro kot..

ila rasa macam nak buat satu id guna nama tu.. tapi, ila tak nak tukar dengan nama id yang ila ada sekarang, sebab ila suka dengan id sekarang. So, ila tak tahu lagi nak cari ke tak social aplikasi untuk tu...

sekarang dok sibuk menjahit baju dekat-dekat nak raya ni kan... So, tak berapa nak sempat nak tengok cerita. hehe..

cayok!!!

Belajar Bahasa


Asalamualaikum...

Sejak dua menjak ni.... aish... sejak kebelakangan ni... em... bukan... sejak beberapa tahun ni... nak cari ayat yang cocok macam susah pulak..hehe

ok la.. sekarang ni la... memang populariti korea memang meningkat.. Ila yang dulu tak pernah minat korea jadi suka. Masa sekolah menengah dulu, ila start kenal drama korea daripada kawan.

Sekarang ni rancangan yang mesti ila nak tengok ada 3 rancangan variety show. Running man, Infinity Challenge dan The return of superman. Kalau drama, ila akan tengok yang unik je... hem... orang suka seni memang suka perkara unik ke? hehe...

em.. dah banyak kali ila cuba nak belajar bahasa asing selain bahasa inggeris. Tapi, kalau dah belajar sorang-sorang, tahu je la kan... nak nak belajar betul-betul, kena training setiap hari. Tapi kalau jarang-jarang memang susah nak dapat la kan.

Dulu ila minat dengan bahasa mandarin. Masa kat u dulu pun, ila suka dengar orang cakap bahasa mandarin.

Ada 1 hari tu, ila tengah tunggu bas lepas nak balik ke asrama lepas habis kuliah. Ila dengar orang berborak kat situ. Bila ila pandang, seorang perempuan bertudung bertutur dalam bahasa mandarin yang kedengaran macam fasih, sedang berborak dengan kawan cina.

Dalam hati ila cakap, "wah.. pandainya.. mesti pernah sekolah kat sekolah cina ni...". Lepas tu, dia bercakap pula bahasa melayu dengan kawan melayu sebelah dia. Dia berborak dengan 2 bahasa dalam masa yang sama. Bestnya kalau dapat faham apa yang dorang cakap.

Belajar bahasa korea pun macam best jugak. Ni ila cari kat google tentang sebutan no.1 hingga 10 bahasa korea. Ila rasa sebutan dalam bahasa jepun lebih mudah kot daripada bahasa korea. ila pula memang selalu tengok cerita anime. Kadang-kadang terikut-ikut la sikit beberapa perkataan.. hehe

Contohnya bahasa jepun, 'kawai' = comel, 'watashi' = saya (P), neko = kucing dan ada lagi perkataan yang tak pandai nak eja...hehe..

Ok. tiba-tiba rasa nak cakap pasal no dalam bahasa korea... jumpa lagi..

Saturday, June 4, 2016

Kain oh kain


Asalamualaikum..

Cari gambar gunting kat google image. Tapi jumpa ni... cantik betul.. ade orang jual. Ila memang teringin nak buat kraftangan macam ni. Tapi, tak jumpa masa bila nak buat. Kadang-kadang nak buat sesuatu kena plan, kadang-kadang spontan je terus pergi beli bahan.

Setiap kali hari cuti, dok bergelumang dengan kain ajelah... Yela... tambah lagi dah nak dekat raya kan. Bak kata pertanyaan adik bongsu ila baru-baru ni, " kalau jahit tak berhenti, sehari boleh jahit banyak mane?". ila jawab, " mungkin 2 pasang, sekali dengan makan, sembahyang, mandi dan kak ila tak menjahit waktu malam.

Kan... memang la.. Tapi ila ni cepat letih.. tambah pulak potong kain atas lantai.. Bila lah ila nak buat meja untuk potong kain sendiri ni...

Setakat ni, ila sedang menjahit 4 pasang kot. 2 pasang lebih kurang 90% dah siap, 1 pasang maybe 80% dan sehelai lagi baru je potong kain semalam.. kira 50% kot.

moga-moga ila ni dapat kerajinan maximum untuk jahit baju yang seterusnya... Amin...